JOHOR BAHRU 26 Julai – Seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan dalam satu kemalangan sebelum itu di Kilometer 32 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, mangsa, Lian Jun Jie, 24, maut ketika ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada pukul 1.39 pagi.
“Dalam kejadian tersebut, dua buah kenderaan iaitu Perodua Alza dan Toyota Hilux dari arah Johor Bahru menghala ke Pasir Gudang terlibat dalam kemalangan sebelum Toyota Hilux berkenaan terbabas dan memasuki lorong bertentangan.
“Kenderaan dipandu mangsa yang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru tidak sempat mengelak sebelum merempuh kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE











