KUALA LUMPUR 7 Julai – Student’s Democratic Alliance (SDA) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyambut baik pelantikan mahasiswa sebagai ahli dewan senat bagi tujuan perbincangan dan penetapan hal ehwal akademik universiti. SDA dalam kenyataan memaklumkan, langkah tersebut sejajar dengan aspirasi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bagi memperkasakan suara mahasiswa terutamanya dalam usaha meningkatkan kewibawaan institusi pengajian tinggi (IPT). Menurut SDA, sebagai pemegang taruh terbesar universiti, sememangnya segala keputusan yang ditentukan oleh dewan senat akan mempengaruhi dan memberi kesan langsung kepada mahasiswa. “SDA menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh beberapa universiti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya