LONDON – Kapten Bayern Munich, Manuel Neuer memberitahu dirinya telah bebas daripada sebarang kesakitan selepas dua musim dibelenggu kecederaan.
Penjaga gol Jerman itu bergelut dengan kecederaan ibu jari dan betis sebelum ini menyebabkannya hampir terlepas keseluruhan musim 2017-18 disebabkan patah metatarsal.
“Saya rasa sangat baik sekarang. Saya tidak lagi dibelenggu kecederaan dan boleh mengambil bahagian dalam semua perkara yang kami lakukan. Saya tidak sabar untuk memulakan musim baharu.
“Kami mempunyai banyak pemain yang konsisten sekarang dan saling mengenali, termasuk beberapa tonggak yang akan memainkan peranan besar selepas ketiadaan pemain lama.
“Mereka juga telah buktikan bahawa mereka mampu berperanan sebagai pemimpin,” katanya.- AGENSI











