Sabah rampas produk ala vape sasar kanak-kanak - Utusan Malaysia

Sabah rampas produk ala vape sasar kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Pihak berkuasa kesihatan Sabah merampas ratusan gula-gula yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut selepas ia dibimbangi mempengaruhi kanak-kanak mengamalkan tabiat merokok.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Fung Ming berkata pegawainya merampas 766 produk ‘Ghost Candy’ dan ‘Smoke Candy’ di bandar seluruh Sabah bagi kesalahan pelabelan di bawah Akta Makanan 1983.

“Amaran juga dikeluarkan kepada semua sekolah untuk mengenal pasti dan menghentikan penjualan produk-produk ini di premis mereka,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Frankie, kawalan ketat terhadap jualan gula-gula itu selari dengan siasat menyeluruh perkara itu oleh Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad melahirkan kebimbangan produk seperti rokok itu tidak dijual dan dipasarkan kepada anak-anak sekolah.

“Perkara ini sudah kita perhatikan dan akan mengambil tindakan segera. Kita tidak akan membenarkannya,” katanya.

Dilaporkan gula-gula itu dijual di Papar, Kota Kinabalu dan kawasan lain di Sabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini