MOSCOW 23 Julai – Rusia menafikan bahawa pesawatnya telah menceroboh ruang udara Korea Selatan, sebaliknya melakukan latihan di perairan antarabangsa, hari ini.
Kementerian Pertahannya dalam kenyataan berkata, dua pesawat pengebom strategik Tu-95 melakukan penerbangan dirancang di ruang udara di atas perairan neutral Laut Jepun.
Katanya, pesawat Korea Selatan juga dinafikan melepaskan tembakan amaran. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











