KUALA LUMPUR 24 Julai- Sebuah bilik di rumah kedai di Kampung Kasipillay, Sentul di sini terbakar hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.53 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan BBP Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebanyak 21 anggota dengan kekuatan empat jentera dihantar bagi operasi memadam kebakaran.
Berita berkaitan:
“Sebaik sahaja tiba, kita dapati kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat tiga dan merebak ke bahagian bumbung bangunan.
“Bilik yang dijadikan tempat tinggal pekerja dan simpanan barang komunikasi musnah hampir 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.17 pagi dan padam sepenuhnya kira-kira 40 minit kemudian.
Tambahnya, bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat.-UTUSAN ONLINE











