Ronaldo bebas pertuduhan rogol - Utusan Malaysia

Ronaldo bebas pertuduhan rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dibebaskan daripada pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di Las Vegas, 10 tahun lalu.

Pertuduhan itu digugurkan selepas pihak pendakwaan gagal memberikan sebarang keraguan munasabah.

Kathryn Mayorga memfailkan tuntutan sivil pada September 2018 di Mahkamah Nevada, mendakwa Ronaldo merogolnya di penthouse sebuah hotel pada 2009 sebelum membayarnya AS$375,000 (RM1.54 juta)

Memuatkan artikel berkaitan…

untuk mendiamkan diri.

Seorang wanita menghubungi polis Las Vegas pada 13 Jun 2009 untuk membuat laporan menjadi mangsa serangan seksual dan polis kemudian membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, kata Pejabat Pendakwa Raya Clark County dalam satu kenyataan.

Mayorga dan Ronaldo berjaya mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan kes itu pada 2010 dan dia kemudiannya meminta kes itu dibuka semula untuk siasatan pada 28 Ogos 2018. Wanita itu memberitahu, Ronaldo merupakan individu yang menyerangnya.

Polis Las Vegas pada 8 Julai meminta Pejabat Pendakwa Raya Clark County untuk membuat pendakwaan bagi kes itu.

“Berdasarkan maklumat yang dikemukakan, pertuduhan serangan seksual melibatkan Cristiano Ronaldo tidak dapat dibuktikan dan pihak pendakwaan gagal memberikan sebarang keraguan munasabah,” kata Pejabat Pendakwa Raya Clark County.

Peguam Ronaldo, Peter Christiansen dan peguam Mayorga gagal dihubungi bagi mengulas lanjut mengenai kes itu. Januari lalu, polis Las Vegas sudah mengemukakan permintaan kepada pihak berkuasa Itali bagi mendapatkan sampel DNA Ronaldo.

Bagaimanapun pihak polis masih belum mendedahkan sama ada mereka sudah me-nerima sampel tersebut atau sebaliknya. Pertuduhan sivil yang dikemukakan Mayorga melebihi AS$200,000 (RM823,434) dan dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini