RM15,000 lesap dipukau Selamat - Utusan Malaysia

RM15,000 lesap dipukau Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 23 Julai – Seorang warga emas kerugian RM15,000 setelah dipercayai dipukau seorang lelaki warga Indonesia dalam kejadian di pekan Sabak, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Shariff Hassan, 80, berasal dari Kampung Banting pada mula ditegur oleh suspek ketika hendak pergi membayar bil di Pejabat Pos Sabak Bernam.

Anak mangsa, Mat Zaid Shariff, 50, berkata suspek memperkenalkan diri sebagai Selamat dan meminta meminjam wang bagi perbelanjaan isterinya dan berjanji membayar sekiranya mendapat wang dari hasil nombor ekor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bapa kemudiannya di bawa menaiki kereta bersama dua lelaki lain dipercayai rakyat tempatan ke Pejabat Cawangan Tabung Haji Sabak Bernam di Sungai Besar untuk keluarkan wang berjumlah RM10,000 dan diserahkan kepada lelaki tersebut.

“Selamat memberitahu jumlah itu masih tidak cukup menyebabkan bapa pergi pula ke Bank Islam Cawangan Sungai Besar dan mengeluarkan wang berjumlah RM5,000 sebelum diserahkan kepada lelaki tadi,” katanya.

Menurut Mat Zaid, selepas itu bapanya dibawa ke Restoran Toman Sabak Bernam dan lelaki itu meminta bapa menunggunya di situ.

“Bagaimanapun, setelah dua jam menunggu lelaki itu tidak datang semula sebelum bapa menyedari dirinya telah ditipu melibatkan kerugian berjumlah RM15,000,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan polis dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini