RHB Bank Berhad anjur Highway Ride 2019 - Utusan Malaysia

RHB Bank Berhad anjur Highway Ride 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – RHB Bank Berhad menganjurkan RHB Lekas Highway Ride 2019 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 27 Julai ini.

Majlis perasmian dan flag off akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Abdul Razak Jaafar.

RHB Bank Berhad dalam satu kenyataan memberitahu, program yang akan diadakan pada pukul 8 malam itu akan bermula dan berakhir di Plaza Tol Kajang Selatan Lekas

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, pihak kami mengambil inisiatif dengan menutup jalan lebih awal iaitu pada pukul 5 petang bagi memudahkan peserta.

“Sebanyak empat laluan yang akan dipertandingkan iaitu 120 kilometer (KM) dan 78KM manakala laluan 17KM dan 12KM hanya terbuka kepada kanak-kanak dan remaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini