Remaja perempuan dirogol bapa sejak 5 tahun lalu - Utusan Malaysia

Remaja perempuan dirogol bapa sejak 5 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAMA – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dirogol bapanya sejak lima tahun nekad melaporkan perbuatan jijik lelaki itu kepada pihak polis. 

Susulan laporan yang dibuat remaja berkenaan kelmarin, polis segera menahan suspek berusia 48 tahun pada hari sama. 

Difahamkan, lelaki yang bekerja sebagai kontraktor itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama selepas dipanggil polis untuk memberi keterangan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Remaja berkenaan dipercayai telah dirogol beberapa kali oleh bapa kandungnya dengan kali terakhir dia diperlakukan demikian adalah pada bulan lalu. 

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Saad berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak ketiga daripada enam beradik itu yang mendakwa menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia 14 tahun.

“Suspek kemudiannya ditahan dan dia kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 29 Julai untuk siasatan lanjut. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram,” katanya. 

Tambah Mohd. Sabri, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan merujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut selepas siasatan lengkap. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini