Remaja lemas ketika mandi air terjun - Utusan Malaysia

Remaja lemas ketika mandi air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT- Seorang remaja lelaki menemui ajal selepas lemas ketika mandi-manda bersama lima sahabatnya di Air Terjun Taka Melor, Pekan Air Panas, Labis di sini petang tadi

Dalam kejadian pada pukul 5.31 petang itu, mangsa yang lemas berusia 16 tahun selepas gagal diselamatkan.

Dua lagi rakannya yang turut lemas bersama-sama mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan pengunjung yang berada di kawasan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Mohd. Appandi Khalid berkata, sebelum kejadian mangsa dan lima rakannya yang datang dari Segamat pergi ke dusun datuk mangsa untuk makan durian sebelum mandi di air terjun berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, didapati terdapat seorang mangsa lemas yang telah dijumpai orang awam lalu diserahkan kepada pihak polis dan pegawai kesihatan untuk pengesahan kematian.

“Ketika kejadian tiga mangsa telah lemas. Seorang daripadanya gagal diselamatkan manakala dua rakannya berjaya diselamatkan sementara tiga lagi rakan mereka tidak lemas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Appandi berkata, pihaknya masih mengumpulkan maklumat berkenaan identiti mangsa kerana dilaporkan tidak membawa sebarang pengenalan diri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini