Rampasan gading haram terbesar di Singapura - Utusan Malaysia

Rampasan gading haram terbesar di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 23 Julai – Singapura merekodkan rampasan terbesar penyeludupan gading sebanyak hampir sembilan tan bernilai AS$12.9 juta (RM53 juta) dianggarkan daripada 300 ekor gajah, semalam.

Menurut pihak berkuasa, kargo haram tersebut yang diisytihar muatan kayu balak datang dari Republik Demokratik Congo ke Vietnam menerusi Singapura.

Selain itu, sebanyak 11.9 tan sisik tenggiling turut ditemukan dianggarkan daripada 2,000 ekor haiwan itu yang bernilai AS$35.7 juta (RM146.9 juta). – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini