KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebarang rakaman video termasuk daripada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan awam atau hak persendirian adalah tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith. Beliau berkata, sebarang penyebaran rakaman sedemikian adalah menjadi kesalahan di bawah akta berkenaan apabila pemiliknya berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP). “Berkenaan kandungan CCTV seperti itu (termasuk rakaman hotel)…










