Raja Puan Muda Perlis sertai Spartan Race - Utusan Malaysia

Raja Puan Muda Perlis sertai Spartan Race

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 22 Julai – Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat mengambil bahagian dan berjaya menamatkan perlumbaan di dalam pertandingan ‘Spartan Race’ – kategori ‘Super’ yang dilangsungkan di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak pagi tadi.

race-2
 

Baginda yang mengetuai pasukan ‘Team Spartan Perlis’ berjaya menamatkan cabaran sukar sejauh 12km merentasi 28 jenis halangan yang berbeza tersebut. Turut mengambil bahagian mewakili pasukan baginda buat pertama kalinya ialah isteri kepada Duta Besar Argentina ke Malaysia, Mdm Guadalupe Cernusco Cornejo.

Spartan Race kali ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 4,000 orang peserta daripada dalam dan luar negara termasuklah dari Thailand, Filipina dan Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuanku Raja Puan Muda Perlis sebelum ini telah pernah mengambil bahagian dan berjaya menamatkan ketiga-tiga medal ‘Trifecta’ sejak beberapa tahun yang lalu iaitu merangkumi kategori ‘Sprint’ (5km+ melalui 20+ halangan), ‘Super’ (13km+ melalui 25+ halangan) dan ‘Beast’ (20km+ melalui 30+ halangan) yang dilangsungkan di Putrajaya, Iskandar Putri Johor serta Singapura. Pada tahun ini sahaja baginda telahpum berjaya menamatkan kategori ‘Stadiom’ di Stadium Nasional Singapura dan juga di Semenyih, Selangor.

Di dalam setiap ‘Spartan Race’ para peserta dikehendaki berlari, memanjat, menolak, menarik, membaling dan merangkak merentasi pelbagai bentuk dinding, bukit, pokok, selut, kawat berduri, sungai, kolam dan halangan yang sukar tapi amat menarik.

Antara yang mencabar di dalam Spartan Race Sprint pada kali ini yang juga merupakan julung-julung kalinya diadakan di dalam sebuah taman tema di benua Asia ini ialah peserta perlu melepasi halangan-halangan seperti ‘Monkey Bars’, ‘Hercules Horse’, ‘Rope Climbing’, ‘Barbed Wire’, ‘Atlas Ball’, ‘Spear Throw’ dan lain-lain lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini