KUALA LUMPUR – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) akan menyerahkan laporan dan butiran pemeriksaan bas yang mengakibatkan seorang murid maut akibat terjatuh ketika memijak lantai bas reput kepada pihak berkuasa dalam masa terdekat. Puspakom dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memeriksa keadaan bas tersebut dari segi teknikal. “Laporan dan butiran pemeriksaan tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa mengikut prosedur bagi membantu siasatan,” katanya di sini sebentar tadi. Kosmo! semalam melaporkan, seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di Machang meninggal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya