PORT DICKSON – Punca sebenar seorang kanak-kanak, Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, menghidap Myokymia selepas terdedah kepada pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor akan diketahui dalam masa terdekat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini pihaknya belum dapat menentukan sama ada ia berpunca daripada pencemaran di sungai tersebut. Katanya, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk sejarah perubatan dan kesihatan kanak-kanak tersebut. “Puncanya belum dapat kita terangkan, tetapi akan ditangani oleh pakar pediatrik dan neurologi kita. Tetapi jangan silap faham apabila orang dengar Myokymia ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya