KUALA LUMPUR – Kira-kira 3,000 penduduk Taman Desa Puteri, Kuang, Rawang Selangor memeriahkan program Jom Makan Durian di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, semalam. Lebih manis apabila acara yang bermula pada pukul 8 malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad. Program anjuran pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Usahawan Kecil Bumi Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Desa Puteri bertujuan mendekatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat selain memupuk jalinan kerjasama antara penduduk dan NGO. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya