Program lukis mural, projek riverfront di USJ 1, 9 Ogos ini - Utusan Malaysia

Program lukis mural, projek riverfront di USJ 1, 9 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan melancarkan Projek Merdeka Mural dan SJ Riverfront di Blok D dan F, Pangsapuri Angsana, USJ 1, Subang Jaya, Selangor pada 9 Ogos ini.

MPSJ dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, majlis yang bermula pada pukul 9 pagi itu akan dilancarkan oleh Ketua Setiauasaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek.

“Projek ini merupakan usahasama di antara MPSJ, Ahli Majlis dan Jawatankuasa Penduduk Zon 4 MPSJ serta The Art Market bagi membaik pulih serta pengindahan melalui program mengecat dan melukis mural di Pangsapuri Angsana, USJ 1, Subang Jaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MPSJ juga mengambil inisiatif membangunkan projek SJ Riverfront di mana rizab sungai akan dibersihkan dan dilengkapi dengan kemudahan asas seterusnya diselenggara demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

MPSJ berkata, projek itu merupakan satu rejuvenasi sungai yang menjadikan Subang Jaya sebagai perbandaran yang seimbang secara fizikal dan sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini