KUALA LUMPUR – Pencinta kucing yang ingin mengambil kucing angkat boleh berbuat demikian dengan berkunjung ke Program Kucing Angkat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, esok. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, mereka hanya perlu membayar RM20 bagi setiap ekor kucing. “Bagi yang berminat hanya perlu membawa ‘carrier’ atau sangkar dan beg sendiri untuk membawa pulang kucing angkat mereka yang telah dimandul dan divaksinkan,” katanya dalam satu kenyataan. Program Kucing Angkat itu diadakan bersempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan esok yang akan bermula pukul 8 hingga 11 pagi. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya