Program CSR Peka diperluas ke seluruh negara - Utusan Malaysia

Program CSR Peka diperluas ke seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) akan memperluaskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan setiap bulan bagi membantu warga emas dan golongan memerlukan ke seluruh negara.

Pengarah (Pengurusan) Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI) Peka, Simon Ee Yoong Pin berkata, buat masa ini, program itu hanya dilaksanakan di sekitar Lembah Klang.

“Kita sedang merangka untuk memperluaskan program CSR ini ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan mendapat bantuan menerusi program ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui program CSR ini, kita akan menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan harian khususnya kepada warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU),” katanya di sini hari ini.

Simon berkata, peruntukan untuk program CSR itu bergantung kepada Tabung Amanah Sukarelawan Peka sumbangan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

“Sebagai contoh, pada hari ini kita memberikan sumbangan sebanyak 200 bungkus beras dan bungkusan makanan kepada 200 orang penerima yang terdiri daripada warga emas sekitar Jinjang dan Kepong,” katanya.

Jelasnya, Peka berterima kasih kepada sukarelawan NGO itu yang berterusan memberikan sumbangan bagi membolehkan program CSR berkenaan diadakan setiap bulan dan selepas ini diperluaskan ke seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini