Presiden UMNO wakili parti buat perundingan politik - Utusan Malaysia

Presiden UMNO wakili parti buat perundingan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Hanya Presiden UMNO sahaja diberikan mandat bagi mewakili parti sekiranya mahu mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak berhubung kerjasama politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada mana-mana tokoh atau individu lain yang diberikan mandat untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu juga, beliau menegaskan, UMNO membuat keputusan bahawa sebarang perbincangan mesti mematuhi apa yang telah dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terutamanya penetapan tidak akan mengadakan sebarang perundingan dengan mana-mana parti terutamanya Pakatan Harapan (PH) selagi berkongsi kuasa politik dengan DAP,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjelaskan bentuk kerjasama antara UMNO dan Pas akan diumumkan esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini