TUNIS 25 Julai – Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi meninggal dunia hari ini pada usia 92 tahun, kata pejabat Presiden itu.
Ahli politik veteran itu mula memimpin negara berkenaan pada 2014, tiga tahun selepas pemerintah kuku besi Zine El-Abidine Ben Ali disingkirkan dan mencetuskan pemberontakan di beberapa negara Arab.
Essebsi dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan yang serius pada Jun lalu dan kembali menerima rawatan di unit rawatan rapi semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebelum ini, anak lelaki Essebsi, Hafedh Caid Essebsi berkata, keadaan pemimpin itu dilaporkan kurang memuaskan. – AFP.











