TUNIS 25 Julai – Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi dimasukkan semula ke hospital semalam, lanjutan daripada masalah kesihatan teruk yang dialami pada bulan lalu.
Anak lelaki Essebsi, Hafedh Caid Essebsi berkata, pemimpin berusia 92 tahun itu kini berada di unit rawatan rapi di hospital tentera dan keadaan beliau dilaporkan kurang memuaskan.
Essebsi yang merupakan Presiden pertama Tunisia dipilih secara demokratik, mula menerajui pentadbiran negara itu pada 2014, tiga tahun selepas pemerintah kuku besi Zine El-Abidine Ben Ali disingkirkan dan mencetuskan pemberontakan di beberapa negara Arab. – AFP.
Memuatkan artikel berkaitan…











