KUALA LUMPUR – Anda peminat filem animasi The Angry Birds?
Sekiranya ya, syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) ingin mengajak anda memeriahkan Popcorn Walk 2019 di pusat beli-belah IOI, Putrajaya pada 25 Ogos depan.
Menurut GSC, acara yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya itu juga bersempena filem animasi kegemaran ramai, The Angry Birds Movie 2 yang bakal menemui penonton pada 29 Ogos nanti.
Katanya, pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang ditawarkan seperti cabutan bertuah, permainan mini dan pemberian hadiah percuma serta berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan maskot watak yang terdapat dalam filem The Angry Birds Movie 2.
“Lebih teruja, para peserta boleh menikmati popcorn sepuas-puasnya sepanjang acara larian ini berlangsung dan ia boleh didapati secara percuma di booth yang dibuka pada acara tersebut. Seronok bukan?
“Selain itu, mereka juga bakal menjadi antara penonton terawal di Malaysia iaitu awal empat hari menonton filem tersebut memandangkan ia hanya akan ditayangkan pada 29 Ogos” katanya.

GSC memberitahu, para peserta yang mendaftar bakal menerima set kombo popcorn, kit perlumbaan, pingat, cenderamata serta sekeping tiket The Angry Birds Movie 2 (tayangan awal).
Tambah GSC, tiket Popcorn Walk 2010 dijual pada harga RM45 untuk seorang dan ia boleh dibeli di kaunter tiket, aplikasi telefon mudah alih, laman web rasmi GSC dan di E-Kiosk sehingga 25 Ogos depan.
“Acara larian yang menyasarkan seramai 1,500 peserta ini bukan sahaja mampu merapatkan pertalian kekeluargaan serta hubungan antara GSC dan pelanggannya.
“Justeru, orang ramai jangan lepaskan peluang untuk menyertai Popcorn Walk 2019 kerana ia bakal memberi keriangan berganda kepada para peserta,” ujarnya.
Popcorn Walk merupakan acara larian tahunan yang dianjurkan oleh GSC di mana para peserta akan disediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.
Acara tersebut mula diperkenalkan pada tahun 2017 dan penyertaannya pula semakin meningkat pada 2018.
Jadi tunggu apa lagi, jom daftarkan seluruh ahli keluarga anda untuk menyertai larian istimewa ini. Rugi jika terlepas!
Layari https://www.gsc.com.my/ untuk maklumat lanjut.dan lebih banyak lagi promosi menarik – K! ONLINE










