Polis tahan dua pengedar dadah - Utusan Malaysia

Polis tahan dua pengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 25 Julai – Polis menahan dua lelaki berusia 28 dan 42 tahun dipercayai pengedar dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Si Rusa di sini pada Ahad lalu. 

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, hasil serbuan itu, polis menjumpai sebuah kotak di atas lantai berisi tujuh paket plastik lut sinar mengandungi dadah disyaki jenis heroin dengan anggaran berat 28.50 gram bernilai RM1,140. 

“Dalam serbuan pukul 6.15 pagi itu, pihak polis turut menjumpai satu paket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 2.82 gram bernilai RM282 di dalam kotak yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati suspek berusia 28 tahun itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod jenayah, selain mereka didapati positif dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah tiga kali seminggu dari negeri bersempadanan Negeri Sembilan sebelum diedarkan di sekitar daerah ini.

Katanya, suspek direman bermula Isnin lalu hingga Ahad ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini