MOSCOW 28 Julai – Polis menahan 1,400 penunjuk perasaan yang berhimpun di ibu negara Rusia, Moscow bagi menuntut satu pilihan raya yang bebas dan adil semalam.
AFP melaporkan, lebih 3,500 orang menyertai protes haram itu selepas pihak berkuasa menyekat calon-calon utama pembangkang daripada menyertai pilihan raya di bandar berkenaan.
Menurut seorang wartawan, polis turut menggunakan belantan ke atas penunjuk perasaan yang cuba berhimpun di luar dewan bandaraya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ekoran itu, beberapa penunjuk perasaan turut mengalami kecederaan,” kata wartawan itu. – AFP











