Polis Rusia menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Polis Rusia menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 27 Julai – Polis Rusia menahan berpuluh-puluh individu yang melakukan tunjuk perasaan di luar dewan bandar Moscow, di sini hari ini.

Kesemua penunjuk perasaan tersebut berhimpun untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Ribuan penduduk Rusia berikrar akan turun ke jalan selepas kerajaan enggan membenarkan pihak pembangkang dan calon bebas menyertai majlis bandar raya Moscow pada September.

Protes hari ini merupakan yang terbaharu dalam siri tunjuk perasaan di negara tersebut.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×