Polis masih jalankan usaha mengesan bom - Utusan Malaysia

Polis masih jalankan usaha mengesan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Polis masih lagi menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas pihaknya dimaklumkan terdapat ancaman bom di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata,  pihaknya menerima panggilan orang tidak dikenali mengenai ancaman bom itu pukul 11 pagi tadi.

Jelasnya, pihaknya kemudian menghubungi pihak pengurusan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memaklumkan perkara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami kemudiannya mengarahkan kakitangan awam serta orang ramai keluar dari bangunan ini bagi membolehkan pemeriksaan dilakukakan.

“Buat masa ini pihak kami sedang menjalankan pemeriksaan terperinci di kompleks ini yang mungkin mengambil masa sedikit dengan di bantu Pasukan Pemusnah Bom dan Unit Pengesan Anjing (K9),” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang kakitangan kompleks ini memaklumkan proses pemeriksaan ini mungkin mengambil masa dua jam bagi memastikan kompleks mahkamah itu benar-benar selamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini