Polis kesan individu buat panggilan palsu - Utusan Malaysia

Polis kesan individu buat panggilan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan individu yang dipercayai membuat panggilan palsu berkenaan ancaman bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berkenaan kejadian tersebut.

Menurutnya lagi, siasatan kini dijalankan di bawah Kertas Enkuari Polis (KEP).

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, tiada sebarang bahan letupan ditemui selepas pemeriksaan dijalankan.

“Siasatan awal mendapati, kaunter Balai Polis TTDI telah menerima panggilan dari seorang lelaki yang memberitahu terdapat satu letupan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 11.10 pagi.

“Susulan itu, kita telah menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan mahkamah terbabit dan tiada bahan letupan ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, kakitangan dan orang ramai di mahkamah gempar hari ini apabila mereka diarahkan mengosongkan bangunan tersebut apabila menerima ancaman bom di sana. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini