Polis gempur sindiket judi pasar malam - Utusan Malaysia

Polis gempur sindiket judi pasar malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sekumpulan 23 individu termasuk dua wanita warga Indonesia yang leka bermain judi pasar malam (sok ngo lak) terkedu selepas digempur polis dalam dua serbuan berasingan di tapak pembinaan di Pasir Gudang di sini awal pagi hari ini.

Dalam serbuan bermula pada pukul 1 pagi itu, kesemua tahi judi terdiri daripada 17 pekerja tapak binaan, dua penganjur dan tiga pembantu masing-masing berusia antara 19 hingga 58 tahun.

Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D-7, IPK Johor, Deputi Superintendan Mohd. Zairi Badderul berkata, kegiatan haram sindiket itu dihidu sejak sebulan lalu hasil risikan dan siasatan pihaknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohd. Zairi, dalam serbuan pertama, pasukan serbuan berjaya menahan 11 individu termasuk seorang wanita Indonesia yang bertindak sebagai pembantu penganjur di sebuh tapak binaan di Jalan Lampam, Pasir Gudang di sini.

“Dalam serbuan ini, mereka terkejut dan cuba melarikan diri namun sudah dikepung polis sebelum pihak kita merampas pelbagai peralatan judi termasuk dua keping kanvas tertera tulisan dab bentuk, papan bola golek serta wang tunai RM2,322.

“Dalam serbuan kedua pula, kita menahan 12 individu termasuk tiga warga asing di sebuah tapak pembinaan di Jalan Kota Masai, Masai, Pasir Gudang dan merampas peralatan judi serta wang tunai sebanyak RM20,544,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zairi berkata, kesemua individu terbabit direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) dan 15(1) Akta Imigresen 1959/63. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini