Polis berkuda bantu cegah jenayah jalanan - Utusan Malaysia

Polis berkuda bantu cegah jenayah jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Rondaan unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan sebagai pendekatan agresif dalam memerangi jenayah jalanan di tiga buah kawasan sekitar daerah ini bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, rondaan akan melibatkan kawasan Kota Kemuning, Setia Alam dan Bukit Jelutong dalam membasmi jenayah ragut dan samun jalanan.

Katanya, sebanyak empat ekor kuda dengan empat anggota ditempatkan untuk melakukan rondaan bersama Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Kereta Peronda Polis (MPV).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Unit rondaan berkuda ini akan dilakukan dalam tempoh tiga minggu di tiga kawasan tersebut.

“Tiga kawasan ini dipilih berikutan dikenalpasti kerap berlakunya jenayah jalanan seperti samun dan ragut. Namun, kita telah berjaya ‘meneutralkan’ kawasan ini dari segi jenayah tersebut, ” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan rondaan unit berkuda di Taman Tasik Kota Kemuning di sini hari ini.

Beliau menambah, penugasan tidak terhad kepada pemeriksaan tetapi turut melibatkan sesi libat urus (public engagement) bersama penduduk. 

Jelas Baharudin, ini seterusnya membolehkan pihak polis beramah mesra dalam menanyakan masalah penduduk 
serta tindakan yang boleh dilakukan pihak polis bagi mengatasi aduan penduduk.

“Secara langsung, kita sentiasa memastikan kehadiran polis di kawasan yang terlibat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini