PM baharu Britain diketahui hari ini - Utusan Malaysia

PM baharu Britain diketahui hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Julai – Keputusan untuk memilih calon baharu menggantikan Perdana Menteri Britain, Theresa May sebagai pemimpin parti Konservatif baharu akan diketahui hari ini.

Lapor BBC, Boris Johnson atau Jeremy Hunt merupakan calon utama untuk mengisi jawatan tersebut.

Undian melibatkan 160,000 anggota Parlimen akan didedahkan pada waktu tengah hari waktu tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Johnson, yang merupakan bekas Datuk Bandar London, dilihat sebagai calon pilihan meskipun beberapa pegawai tertinggi berkata mereka tidak mahu berkhidmat di bawahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini