Piala FA: Jalan sekitar Stadium Bukit Jalil ditutup - Utusan Malaysia

Piala FA: Jalan sekitar Stadium Bukit Jalil ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beberapa jalan di sekitar Stadium Bukit Jalil di sini akan ditutup dan dilencongkan pada Sabtu ini susulan Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala FA  antara Perak menentang Kedah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jalan-jalan yang terlibat adalah Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) susur ke Lampu Isyarat Sukom, Seri Petaling ke Jalan Merah Chagar dan Susur Kesas ke Jalan Barat.

“Turut terlibat adalah penutupan dari Lampu Isyarat Awan Kecil ke Jalan Barat dan Susur Awan Besar ke Lampu Isyarat Awan Kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seterusnya kita juga akan tutup susur Puchong Link ke Lampu Isyarat Technology Park Malaysia (TPM) dari Bulatan Kuda dan juga Kinrara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mazlan menambah, seramai 85,000 orang peminat bola sepak dianggarkan akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan itu.

“Terdapat sebanyak 3,500 ruang parkir disediakan untuk penonton yang hadir.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan,” ujarnya.

Tegasnya lagi, semua diingatkan untuk tidak mencetuskan  sebarang provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan yang boleh mengugat ketenteraman awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini