Piagam muafakat UMNO-Pas ditandatangani 14 September - Utusan Malaysia

Piagam muafakat UMNO-Pas ditandatangani 14 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Piagam muafakat di antara UMNO dan Pas yang telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama (berta’awun) antara satu dengan lain akan ditandatangani pada 14 September ini. 

Menerusi kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti iaitu, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, majlis menandatangani piagam itu akan berlangsung pada pukul 11 pagi bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 

“UMNO dan Pas telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama (berta’awun) antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk itu, kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu memorandum persefahaman yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama yang diwujudkan sebelum ini,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Dalam kenyataan itu juga memberitahu, UMNO dan Pas telah memutuskan piagam berkenaan akan ditandatangani sendiri oleh presiden kedua-dua parti tersebut. 

“Majlis bersejarah ini akan dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan Pas dari seluruh negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini