Pesara tentera didakwa lakukan amang seksual - Utusan Malaysia

Pesara tentera didakwa lakukan amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 23 Julai – Seorang bekas anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, pada Mei lalu.

Tertuduh, Zainal Abidin Zakaria membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Zainal Abidin yang bekerja sebagai tukang kebun telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara mencium mulut, kemaluan dan menyuruh mangsa menghisap kemaluannya bagi maksud seksual.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan pertama dilakukan tertuduh antara pukul 1 hingga 3 petang, 5 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Jalan Kesidang 3/2, Taman Kesidang Seksyen 3 manakala kesalahan kedua dilakukan antara pukul 1 hingga 3 petang, 3 Jun lalu di sebuah rumah beralamat di Batu 4 1/2, Lorong Japerun, Bertam Malim, di sini.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim sebelum itu memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh selain meminta tertuduh tidak mendekati mangsa atau keluarga mangsa.

Tertuduh yang diwakili Peguam Mohd. Fadzlullah Ramlee bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan memandangkan tertuduh mempunyai tanggungan dua anak berumur 10 dan 13 tahun, seorang isteri dan ibu mentua yang sedang uzur.

“Tertuduh yang menerima pencen sebanyak RM1,050 sebulan juga mengidap penyakit kencing manis kronik malah telah memberikan kerjasama baik dengan pihak polis sepanjang proses tersebut,” jelas beliau.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Norma kemudian menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM15,000 oleh seorang penjamin selain memerintahkan tertuduh agar tidak mendekati mangsa atau ahli keluarga mangsa sebagai syarat tambahan.

Mahkamah turut menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini