KUALA LUMPUR – Istiadat Pertabalan Agong ke-16 hari ini menggamit memori apabila puteri bongsu Yang di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah (tengah) mengenakan pakaian yang pernah dipakai Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8. Difahamkan Tengku Puteri Jihan sendiri menzahirkan permintaan untuk memakai persalinan tersebut pada hari bersejarah ayahandanya, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. Persalinan baju kurung berona putih…