LONDON – Penyokong Juventus mengimpikan untuk mendapatkan Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG), kata Gianluca Zambrotta.
PSG telah mengesahkan Neymar mahu meninggalkan juara Ligue 1 itu, dengan spekulaasi mengatakan dia bakal kembali semula Barcelona.
Juve bagaimanapun dilaporkan berminat untuk mendapatkan bintang Brazil itu, yang terlepas mewakili negaranya dalam ke,pen Copa America selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki.
Juve juga dilaporkan mempunyai wang tunai lumayan, sama seperti tawaran Blaise Matuidi dan Paulo Dybala ke PSG untuk Neymar, yang sedang bersedia bersama kelab Perancis itu untuk kempen jelajah China nanti.
Penyokong Juve dan Itali secara umumnya mengimpikan Neymar bermain di Serie A.
“Ia merupakan salah satu pasaran terbaik untuk bola sepak Itali selepas Cristiano Ronaldo. Dengan Neymar, Juve juga akan muncul sebagai lima kelab terbaik di dunia. Jenama Juve akan meningkat naik secara mendadak seluruh dunia.
“Ia bukan mudah, namun saya juga nampak kemungkinan Neymar kembali semula ke Barcelona agak sukar, biarpun terdapat banyak cerita ‘kepulangan semula’ dalam sejarah bola sepak.
“Antaranya, Gianluigi Buffon ke Juventus selepas berpindah sekejap ke PSG. Sama seperti Kaka dan Shevchenko yang pulang semula ke AC Milan,” kata Zambrotta.- AGENSI











