Penutupan lorong berkala di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah Utara - Utusan Malaysia

Penutupan lorong berkala di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Lorong di susur keluar ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (arah Utara) sepanjang satu kilometer (km) dari Kuchai Lama akan ditutup secara berkala mulai hari ini hingga 20 September ini.

MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan penuh di lorong itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembetungan dan yang berkaitan selama 57 hari.

“Kerja-kerja pembetungan berkenaan akan dilakukan bermula dari pukul 10 malam hingga 5 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun semasa penutupan lorong kiri sepanjang 100 meter, satu lorong akan disediakan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Ujarnya, semasa penutupan penuh lorong di susur keluar lebuh raya itu, pengguna yang ingin menuju ke Kuala Lumpur perlu menggunakan jalan lencongan iaitu meneruskan perjalanan menghala ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (arah Selatan atau arah Seremban).

“Mereka perlu membelok ke kiri ke Desa Petaling (berhampiran Plaza Salak Park) seterusnya membuat pusingan-U di persimpangan Desa Petaling untuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (arah Utara), seperti yang ditunjukkan anak panah hijau dalam peta,” katanya.

Tambahnya, semasa penutupan sepanjang 500 meter di lorong paling kiri lebuh raya berhampiran Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) itu, pengguna masih boleh menggunakan empat lorong sedia ada untuk menuju ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

“Pengawal bendera akan mengawal trafik dengan menggunakan kaedah ‘berhenti dan jalan’ seperti yang ditunjukkan dalam anak panah magenta dalam peta,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini