PADANG BESAR – Polis mengesan taktik baharu pengusaha ketum yang menjadikan kawasan hutan berhampiran kampung untuk menjalankan kegiatan membungkus dan memasak tumbuhan tersebut sebelum diseludup atau dipasarkan secara haram. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, pengusaha ketum didapati tidak lagi beroperasi di rumah kerana bimbang diserbu pihak berkuasa. “Mereka akan masuk ke kawasan hutan menggunakan kenderaan masing-masing dengan membawa daun ketum serta peralatan memasak dan membungkus daun tersebut seperti plastik dan periuk. “Semua proses akan dilakukan di lokasi itu sebelum daun ketum yang siap dibungkus diseludup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya