Penghantar makanan maut motosikal langgar kenderaan pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Penghantar makanan maut motosikal langgar kenderaan pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah pacuan empat roda jenis Ford di Persimpangan Taman Cheng Ria di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Muhammad Nurafiq Roslan, 24, yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan perut meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR telah melanggar kenderaan terbabit dari arah Cheng Height – Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ). 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di tempat kejadian, mangsa telah melanggar sebuah Ford dari arah bertentangan yang membelok ke kanan untuk masuk ke Taman Cheng Ria. 

“Akibat pelanggaran itu, penunggang tersebut yang bekerja sebagai penghantar makanan mengalami kecederaan di kepala dan perut. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini