Penganggur curi duit tabung masjid RM93 dihukum penjara 6 bulan - Utusan Malaysia

Penganggur curi duit tabung masjid RM93 dihukum penjara 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 5 Julai – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri wang tabung masjid berjumlah RM93, Isnin lalu. Majistret Umzarul An-Nur Umar menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Mohd. Nor Azizi Mohd. Nasir, 24, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Hukuman penjara itu ditetapkan bermula dari tarikh tangkapan tertuduh iaitu pada 1 Julai lalu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dan memiliki harta curi wang kertas RM1 sebanyak 93 keping di Masjid Jamek, Medan Klebang Restu, Chemor di sini…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN