PUTRAJAYA – Penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang, meningkat daripada 32.4 juta orang pada tahun lepas, demikian menurut penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2019. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penduduk lelaki melebihi perempuan pada 2019, dengan penduduk lelaki berjumlah 16.8 juta orang manakala perempuan 15.8 juta. “Pada 2019, nisbah jantina berada pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai penerbitan itu. Beliau berkata daripada 32.6 juta jumlah penduduk itu, 29.4 juta adalah warganegara manakala 3.2 juta bukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya