Pemulihan bekalan air pada tahap 84 peratus - Utusan Malaysia

Pemulihan bekalan air pada tahap 84 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Julai – Pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berikutan hentitugas di empat Loji Rawatan Air akibat pencemaran minyak diesel telah mencapai 84 peratus sehingga pukul 12 tengah hari tadi..

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya kini sedang berusaha meningkatkan tekanan serta menstabilkan bekalan di sistem-sistem agihan dan mempercepatkan proses pemulihan.

“Wilayah Hulu Selangor yang jumlah akaun terjejas 12,175 kini mencapai tahap pemulihan 99 peratus, diikuti Gombak (155,850 akaun) telah pulih 98 peratus dan Kuala Selangor (64,558 akaun) sebanyak 95 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara itu, bagi wilayah Petaling (414,955 akaun) telah mencapai tahap pemulihan kepada 85 peratus, diikuti Kuala Lumpur (117,837 akaun) 83 peratus, di Klang/ Shah Alam (416,996 akaun) 78 peratus dan yang terakhir di Kuala Langat (9,571 akaun) iaitu 53 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini