MELAKA – Dua individu yang masing-masing merupakan pemilik pusat jagaan kanak-kanak dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) didenda RM3,500 secara berasingan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini kerana menjalankan pengurusan secara tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Anthony Tan Khai Hong, 38, dan Norrahayu Zainal Abidin, 35, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh, Anthony didapati sebagai individu yang terbabit dalam pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak AJ, didapati telah menjalankan pengurusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya