JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memindahkan lima ekor lembu tanpa perakuan kebenaran pindah daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ), April lalu. Majistret Rashidah Baharom turut memerintahkan Orang Kena Saman (OKS), Mohd. Jamil Anuar, 32, menjalani hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Jamil didakwa membawa lima ekor lembu hidup menggunakan sebuah lori tanpa perakuan kebenaran pindah daripada Pengaruh JPVNJ atau wakilnya. OKS dituduh melakukan perbuatan itu di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya