ALOR GAJAH – Seorang pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Marin Kolej Ranaco, Terengganu dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir daripada sebuah kapal di perairan Selat Melaka kira-kira dua batu nautika dari Jeti Nelayan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi di sini hari ini. Mangsa, Muhammad Afizudin Aidzuhan, 20, yang sedang mengikuti latihan industri sebagai Kadet Enjin sebuah syarikat operator pelabuhan disedari hilang oleh kru lain kira-kira pukul 1 petang sebelum kejadian dimaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Timbalan Pengarah Operasi Maritim Melaka & Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman Samsudin berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya