TASEK GELUGOR 15 Julai – Seorang remaja maut akibat lemas ketika sedang bermandi-manda dengan rakan-rakannya di sebuah kolam tapak bekas kuari di Bukit Katak, di sini semalam. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Mohamad Danial Hakim Yusof,16, dari Taman Guar Perahu di sini dikatakan pergi ke kawasan berkenaan bersama rakan-rakannya. Difahamkan, mereka kemudiannya mandi di kolam yang mempunyai kedalaman lebih enam meter tersebut. Mohamad Danial Hakim Yusof Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang oleh rakannya ketika sedang menyelam di kawasan berkenaan. Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya