KANGAR 5 Julai – Perlis menyambut baik langkah kerajaan negeri Selangor yang menguatkuasakan serta-merta semua papan tanda jalan di negeri tersebut menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu. Seterusnya, Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Azizan Sulaiman mencadangkan agar semua negeri di Malaysia mewajibkan papan tanda jalan menggunakan bahasa kebangsaan itu tanpa perlu ada lagi dwibahasa. Katanya, di Perlis, sememangnya papan tanda jalan menggunakan hanya Bahasa Melayu dan kerajaan negeri akan terus mempertahankannya. “Kita sangat bersetuju dengan langkah kerajaan Selangor itu dan seluruh negara wajar mewajibkan papan tanda jalan hanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya