Padah halang laluan, DBKL keluar 73 notis - Utusan Malaysia

Padah halang laluan, DBKL keluar 73 notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sejumlah 73 notis kesalahan kepada pemilik kenderaan dalam Operasi Halang siri ke-21 bersama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar di sekitar ibu kota hari ini.

PEMANDU teksi merupakan antara pesalah dalam Operasi Halang DBKL bersama PDRM dan Jabatan Alam Sekitar di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN ONLINE

DBKL dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, operasi itu bertujuan menguatkuasakan undang-undang ke atas kenderaan perdagangan yang melakukan halangan di kawasan tumpuan seperti Jalan Tun Razak, Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM300,” katanya.

DBKL berkata, warga kota sama ada pemandu kenderaan perdagangan ataupun persendirian dinasihatkan supaya mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan dikenakan tindakan penguatkuasaan serta mengelak kesesakan pada waktu puncak.

“DBKL serta agensi terlibat akan meneruskan tindakan seumpama ini bagi mendidik serta menguatkuasakan peraturan sedia ada kepada pemandu kenderaan di ibu kota,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini