KUANTAN – Seorang guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) kerugian RM10,000 selepas mendedahkan kod pengesahan transaksi (TAC) perbankan online kepada individu tidak dikenali ketika kejadian di Jerantut semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, guru lelaki berusia 30 tahun tersebut dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada pagi semalam. “Suspek mendakwa bapa mangsa memiliki syarikat yang didaftar di Alor Setar, Kedah dan mempunyai tunggakan cukai RM17,600. “Panggilan tersebut disambungkan kepada seorang individu menyamar Ketua Polis Daerah Kota Setar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya